Monday, October 18, 2004

pErkaRa-pErkaRa suNat PuaSa

Ni ade sket nak share perkara-perkara yg disunatkan ketika berpuasa. Rasanya sume org dah tahu kot..so this one is just a reminder.

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka
yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau
hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.


Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan, penghujungnya kebebasan dari api neraka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home